Friday 13 January 2012

~Pemimpin Rumah Tangga~^^

16/12/2011

1:42 p.m

Assalamulaikum kepada wanita-wanita, isteri, anak-anak perempuan, adik perempuan dan para Nisa’ sekalian. Tiada yang lain kami harapkan selain dari keteguhan iman, kekukuhan taqwa kepada Allah S.W.T dan rasa cinta yang menggunung kepada kekasih Allah..Muhammad S.A.W..

Dua harta yang tidak dapat dijual dan dibeli di mana-mana tempat. Walau diselongkar mana-mana pasaraya nescaya tidak akan dapat kamu temui iaitu Iman dan Hidayah. Apa khabar iman kamu hari ini? insyaAllah bertambah menerusi amalan-amalan yang dilakukan hari ini.

WANITA PEMIMPIN RUMAH TANGGA SUAMI adalah topik yang sempat saya dengar dan lihat menerusi televisyen saluran TV3 iaitu rancangan Al-Hidayah. Mengupas kembali mengenai tanggungjawab isteri dalam memilih dua benda iaitu keluarga dan kerjaya. Tidak dinafikan pada zaman sekarang isteri juga perlu bekerja bagi menampung keperluan dan kewangan keluarga, bukan kerana suami tidak mampu tetapi menjadi salah satu pilihan buat isteri untuk membantu suaminya, untuk meringankan beban suaminya.

Pemimpin di sini tidak bermaksud kamu isteri menjadi Queen Control, oh tidak! Pemimpin di sini juga tidak bermaksud kamu isteri melebihi suami kamu tetapi sebagai bermaksud kamu isteri membantu suami dalam mengawal keluarga, dalam membina sebuah keluarga yang harmoni.

Dalam Islam, kita perempuan merupakan sayap kiri bagi lelaki. Kamu isteri merupakan sokongan dan semangat mereka dalam memperjuangkan sesuatu dan maksud kami dalam memperjuangkan sesuatu di sini ialah memperjuangkan sesuatu di jalan Allah, kerana Allah. Walaupun kita bekerja tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan kerana sebaik kita perempuan sah menjadi isteri seseorang lelaki, tanggungjawab kita adalah lebih besar terhadap keluarga kerana kita para ibu, para isteri berperanan dalam membentuk sebuah keluarga yang baik.

Isteri yang baik dapat membantu suami dalam membentuk keluarga yang baik dan isteri yang buruk akhlaknya akan membentuk keluarga yang tidak baik akhlaknya. Sebagai contoh, dari segi kamu isteri memasak. Seorang isteri yang sentiasa berzikir sepanjang dia memasak, maka dia telah mengisi perut suami dan anak-anak dengan makanan yang penuh berkat dan zikrullah. Tetapi lain pula bagi seorang isteri yang sepanjang dia menyediakan makanan, dia hanya menyanyi lagu yang entah apa-apa. Ini bukan menghina atau mengata dan kami meminta maaf sekiranya ada yang terasa hati. Tidak salah kalau kamu isteri nak menyanyi, menyanyilah! Tetapi apa yang akan kamu isteri isi ke dalam perut anak-anak dan suami itu nanti tiada keberkatan. Oleh itu, sebaik-baiknya berzikirlah kamu sewaktu menyediakan makanan untuk keluarga.[InsyaAllah, pesanan untuk diri kami sendiri]

Alhamdulillah...apa yang kami dapat hari ini serba sedikit dapat dikongsi bersama para nisa’ sekalian. Wassalam....*^^*

1 comment:

Unknown said...

assalaamualaikum warahmatullah.... saling berbagi, ini kesimpulan menurut saya..

salam kenal dengan kami gi indonesia..