Wednesday 20 April 2011

.:: BiLa KiTa BeBaS? ::.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Membuka madah bicara pena yang tiada matanya sekali lagi untuk mengungkap seribu muhasabah dalam diri....

"Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
(Surah Al-Isra': 23)

Dalm post sebelum ni, ungkapan pedih telah dibongkarkan, kini ungkapan gembira ke?
Nilailah sendiri....

Wahai Nisa',
selagi jemari kita belum berinai merah,
selagi lafaz ijab kabul blem termeterai,
selagi dahi kita belum dikucup suami tercinta

MENGERTILAH!

Kita belum bebas,
Syurga masih terletak di bawah tapak kaki ibu kita.
Usah kita persoal bila kita akan bebas dari mereka TAPI
persoalkanlah bila lagi kita hendak mula berbakti kepada mereka.

Kalau kita perhatikan nisa' mahupun rijal, masing-masing mempunyai top priority di mana top priority mereka adalah KEDUNIAAN semata-mata,
Dengan alasan ingin bahagiakan ibu bapa, mereka berkerja mati-matian tapi
tanggungjawab terhadap ibu bapa yang asal apa ya??
Bagi nafkah semata-mata ke??

Baik lelaki mahupun perempuan masing-masing mempunyai peranan yang besar bagi kedua ibu bapa mereka. Setuju?

Tapi apa peranan tu?
Muliakan mereka! Biar ibu bapa kita merasakan kelahiran kita ke dunia adalah anugerah dan perkara yang paling bahagia buat mereka.
Jangan kita kasari mereka.

Sebenarnya samada anak lelaki atau perempuan, mereka semua sama je dalam berbakti kepada ibu bapa cuma tumpuan anak perempuan akan berubah setelah dia dikahwinkan. tumpuannya akan mula beralih arah kepada suami tapi tu tak bermakna tanggungjawab dia terhadap ibu bapanya dah habis, bukan!

selagi hukum syarak belum dilepasi garisannya,
kita, kaum nisa' masih lagi boleh berbakti kepada mereka, ingat tu!!
Islam tak membataskan apa jua bakti anak-anak kepada ibu bapa.
Oleh itu, jangan kita menganggap bahawa perempuan ini baktinya terbatas terhadap ibu bapa.
Sama seperti semut yang berbakti kepada permaisuri mereka walaupun koloni yang berbeza-beza!

Nisa',
jangan perkecilkan nilai dirimu semata-mata kau bergelar NISA'.
Kita ini sayap kiri Rijal, oleh itu kita penting...

2 comments:

RuMaH TuA said...

Subhanallah...
Indahnya...
Moga diri dicintai Allah...

Angah Rahim said...

InsyaAllah....
Moga diri dipelihara Allah sentiasa..