Sunday 24 April 2011

.:: Kat Dunia ke Kat Neraka Dunia?::.




Bismillahirrahmanirrahiim..

Ku nukilkan penulisan ini dengan pena ghaib yang tak kelihatan sepaya diri yang menukilkan penulisan ini tidak terlepas dari menyesali musibah yang melanda muslimah milik Allah sekarang.

Renungkan walaupun pahit,

Baca walaupun sukar untuk ditelan,

Terima walaupun menyakitkan...

Kerana inilah KEBENARAN!

“MASYA-Allah Mat, kalau kau tengok, mahu gugur iman dibuatnya. Apakan tidak, lentik tubuh badannya, skirt pendek paras pinggul, dada terdedah dan rambut ikal mayang yang menggoda seakan-akan menjadi daya penarik kepada lelaki yang memandang.

“Dua tiga kali aku tatap perempuan tu Mat. Aku ingatkan perempuan Cina, rupa-rupanya orang Melayu kita. Aduh, geram sungguh! “Kalaulah dapat memperisterikan wanita secantik dan seksi macam itu, sumpah aku tak cari lain Mat,”

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MatLaga_Nerakadunia/Article/artikelMA

Ini ialah kata-kata seorang yang bergelar rijal kepada kita,Nisa'. Ya Allah...apa nak jadi dengan wanita melayu yang bergelar muslimah? tiada kata yang mampu dituturkan selain MASYA-ALLAH,ASTAGHFIRULLAH. Tapi, sekadar mengucapkan kata-kata itu adakah golongan ini akan makin berkurangan dari muka bumi ini? Dengan izin Dia jua semua perubahan ini boleh berlaku,

Walaupun Nabi SAW sendiri yang mengatakan bahawa kita, Nisa merupakan penghuni Neraka tapi jangan kita jadikan dunia sekarang ni sebagai neraka kita dan jangan kita buat sesuatu yang menghumban kita ke dalam neraka yang sebenarnya! Tutupilah aurat yang menjadi benteng keimanan kita. Kita ada agama, aurat itu tuntutan agama, dan bertindak mengikut tuntutan agama bukan satu kerugian tapi satu kewajipan.

Coretan ini tak bermaksud untuk MENGHINA sekadar untuk MENGINGATKAN!

Renungkan bukan tenungkan,ya!

Selamat Beramal, hehehehe....

No comments: