Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Saturday, 17 December 2011

.:: Ketika Remaja ::.







Ketika remaja di zaman Nabi sibuk di medan perperangan... 
Remaja zaman kini sibuk dengan permainan..

Ketika remaja di zaman Nabi sibuk ke rumah Allah.. 
Remaja zaman kini sibuk tak tentu arah..

Ketika remaja zaman Nabi sibuk dengan agama..
Remaja zaman kini sibuk dengan dunia..

Ketika remaja zaman Nabi punya iman yang kukuh..
Remaja zaman kini hanya punya iman yang rapuh.. 

Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. 
Jangan jadi bangsa yang lemah..

Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. 
Berpegang kepada Quran dan Sunnah..

Wahai diriku, bangun dan bangkitlah.. 
Jadikan Islam sebagai wadah..

Petik dari :- Encik Fuad



Ingin menjadi,

Wednesday, 30 November 2011

~ Bagaimana ~


Biar selama mana sanggup kau nanti,
Biar sesetia mana diri,

Aku masih tidak ingin persaudaraan ini dinodai,
Kerana aku lebih sukai,
RedhaNya kita cari...

Andai zahir diri ini lebih kau cintai,
Ketahuilah ia akan binasa suatu hari,

Andai hati ini ingin kau rasai,
Mengertilah ianya pasti milik Yang Hakiki...

Tetapi,
Andai agama dalam diri ini kau kasihi,
Sesungguhnya aku rela dimiliki...

Kerana,
Aku yakin bahagianya bukan hanya di sini,
Bahagianya Dia lebih mengetahui...





Ingin aku menjadi,

Sunday, 20 November 2011

~ Agar Aku....~


Hai hati,
Jernihkanlah dirimu,
Agar aku tidak kabur dalam melihat,
Tidak kabur dalam menilai,

Hai hati,
Aku pinta ditambah sabarmu,
Agar aku bijak dalam menimbang,
Bijak dalam berkeputusan,

Hai hati,
Campakkan rasa irimu,
Agar aku senang dalam berkasih,
Senang dalam berukhwah,

Hai hati,
Didiklah rakyat - rakyatmu,
Agar aku mampu bawa kebenaran,
Mampu bawa kejujuran,

Hai hati,
Berkenalan denganku,
Agar aku mudah dengan mu,
Mudah dalam nasihatimu,

Hai hati,
Mengapa aku begini?
Kerana aku sentiasa tahu,
Kaula raja aku...



Ingin aku menjadi,

Friday, 20 May 2011

:: JaNgaN KaHwiNi WaNiTa Ini::

Assalamualaikum.
Apa khabar iman sahabat - sahabat?
Sedikit perkongsian pada kali ini....


Dalam usaha kita ingin menjadi sebaik - baik wanita, seharusnya kita tahu apa perkara - perkara yang perlu dilakukan serta perkara - perkara yang perlu kita elakkan.
Terdapat 6 sifat,

1- Al - Ananah
2- Al - Mannanah
3- Al - Hannanah
4- Al - Haddaqah
5- Al - Barraqah
6- Al - Syaddaqah

_________________________________________


Al - Ananah
Wanita yang banyak mengeluh, kepala sentiasa berat dan mukanya juga berkedut.



Al - Mannanah
Wanita ini selalu membangkit dan mengunkit - ungkit kebaikannya. Dia ini berkata kepada suaminya: "Kerana engkau, aku telah korbankan itu dan ini"



Al - Hannanah
Wanita yang simpati kepada lelaki lain Masyaallah. Sama ada suami orang atau yang tidak mempunyai  isteri. Ketahuilah, tidak boleh memuji - muji lelaki lain di hadapan suami, bahkan memuji anak yang diperoleh dari suami lain pun tidak boleh didepan suami.



Al - Haddaqah
Wanita sebegini adalah yang suka melihat kepada sesuatu dan kemudian dia jatuh suka. Disuruh pula suaminya supaya membelikan untuknya.



Al - Barraqah
Yang ini ada 2 jenis. Yang 1 wanita yang sibuk menghias dirinya sepanjang hari serta yang kedua adalah yang jika dia memasak atau membeli makanan, maka dia akan simpan sebahagian makanannya bersendirian.



Al - Syaddaqah
Ini adalah wanita yang banyak bercakap. Yang ini, Rasulullah juga suruh menjauhi.



ingin aku menjadi,