Saturday 9 April 2011

.:: Tak Nak Jadi Lembu ::.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Sedikit coretan yang ingin dicatatkan oleh pena tanpa mata pada hari ini.


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya...:-

"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka,"
(BUKHARI, MUSLIM, & TARMIZI)

Ungkapan yang pedih untuk didengar apabila dikatakan menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang. Bagaimana dengan anda? Setuju? 

Lihat Situasi......

Pada hari ini, cuba kita sama - sama selusuri, pandang & berfikir guna iman bagaimana ibubapa hari ini membentuk anak - anak mereka. Ibu bapa pada hari ini memberi anak - anak makan, minum & juga tempat tinggal. Sama - sama kita fikirkan. Tidakkah cara ini seolah - olah kita sedang memelihara binatang untuk tujuan menggemukkan sahaja? Mengapa begini? Sepatutnya kita cari perbezaan itu. Pendidikan agama jangan pernah dilupakan. Sebagai contoh, sedih untuk cakap nperkara yang sama iaitu perkara aurat & pergaulan. Sampai sampai akhirnya ramai perempuan atau wanita yang terdedah menjadi bahan fitnah dengan pelbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga & agama Allah.
hidup untuk agama Allah

Harapan yang menggunung dipanjat kepada Allah, mudah - mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu. Insyaallah, bentuk diri dengan agama serta amalkannya. Saling ingat mengingati, anak- anak yang soleh & solehah memberi faedah kepada ibu bapa ketika hidup ataupun setelah meninggalkan dunia. Insyaallah, sama - sama kita berusaha jangan asbab kita ini, ibubapa yang kita cintai akan terhumban ke neraka Allah.
Allahu Akhbar!


ingin aku,

3 comments:

RuMaH TuA said...

Ingin menjadi wanita yg dicintai Allah...

Unknown said...

saya pon xnk jd lembu.. :'(

RuMaH TuA said...

Insyaallah.... sama2 kita usaha agar 'x jadi lembu'